Want your
own Fotopage?








 
Masak Masak's FotoPage

By: Masak Masak Beginner

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Saturday, 1-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Love n Star Muffin

Thanx MAMAFAMI 4 this lovely recipe....thank you!!!





Quote:
CHOCOLATE MUFFIN (CACAOWEB)

Bahan-bahan:
2 butir telur ~ dipukul sedikit
1 cawan (200 g) gula
1 cawan (130 g) tepung ( tambahkan 4 sudu besar tepung lagi)
6 sudu besar serbuk koko (kurangkan kepada hanya 2 sudu besar)
2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
2/3 cawan (160 ml) susu segar
2/3 cawan (160 g) mentega ~ dicairkan
4 oz (120 g) chocolate chips (jika suka)
Chocolate rice berwarna putih ~ untuk hiasan

Kaedah penyediaan:
1. Ayakkan tepung, serbuk koko dan serbuk penaik ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan gula dan gaulkan mengguna whisk.
3. Di dalam periuk yang kecil, cairkan mentega. Alihkan dari api dan tuangkan susu, telur dan esen vanila. Kacau rata.
4. Buatkan lubang di tengah bahan kering dan tuangkan bancuhan susu.
5. Kacau menggunakan whisk hingga bater bercampur. Jangan terlebih kacau. Masukkan chocolate chips yang telah ditaburkan sedikit tepung (bagi mengelakkan ia mendap ke bawah). Bater akan kelihatan berketul.
6. Sudukan ke dalam mangkuk muffin, 2/3 penuh. Bakar selama 25 - 30 minit.

Add comment


Sunday, 19-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ketam Goreng Bercili



Quote:
Ketam Goreng Bercili

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam
6 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos Thai
Garam dan gula

BAHAN-BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai
6 tangkai cili merah
6 tangkai cili kering

KAEDAH:
1. Goreng ketam yang digaul dengan kunyit dna ketepikan.
2. Panaskan kuali dan masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan semua sos, kemudian bubuh garam dan gula secukup rasa dan tumis lagi.
4. Setelah bahan tumis pecah minyak, masukkan ketam dan kacau hingga sekata.

sedapnya..dok teringin nk makan ketam ni.. balik nanti nk try la.Thanks. Mon 25-Aug-2008 07:55
Posted by:mama anis  - [Link]
Add comment


Monday, 13-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kuey Teow Goreng n Bengkang Roti Berdaging

Kuey Teow Goreng ni dpt dr fp MAMAFAMI. Thanx MAMAFAMI atas rcp yg mengancam ni...first time buat...


Bengkang Roti Berdaging ni try dari Majalah Saji Keluaran Khas bulan Julai 2007 muka surat 134.



Quote:
Bengkang Roti Berdaging

BAHAN-BAHAN:
5 keping roti - (buang kulit)
2 biji telur
100 g sayur campur
50 g bawang goreng
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
Daun sup/bawang
80 g keju cheddar sagat
2 sudu besar marjerin

BAHAN-BAHAN DAGING:
200 g daging kisar
2 sudu besar serbuk kari
Garam/gula
1 labu bawang besar - cincang
1/2 sudu besar lada hitam - tumbuk

KAEDAH:
1. Mula-mula tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan daging dan serbuk kari.
2. Bubuhkan garam dan gula serta lada hitam.
3. Tumis hingga daging masak.
4. Sementara itu pukul telur dengan susu segar.
5. Masukkan roti yang dipotong nipis. Rendam.
6. Masukkan daging tumis ke dalam adunan roti berendam, bawang goreng, marjerin, keju, tepung, daun bawang/sup dan sayur campur.
7. Gaul sebati dan sapukan mentega pada acuan bakar. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit pada suhu 180 C.

Add comment


Sunday, 12-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Talapia Gulai Tempoyak Pucuk Ubi n Sirloin Beef Steak

Majalah Rasa Ogos 2006 muka surat 37, Talapia Gulai Tempoyak Pucuk Ubi, favourite Chef Ismail...nk try takder ikan talapia, so hentam saja ikan kembung...kehkeh...



Quote:
Talapia Gulai Tempoyak Pucuk Ubi:

Bahan-bahan:
4 ekor talapia
200 g pucuk ubi
250 g tempoyak
450 ml santan
100 ml pati santan
100 g cili padi - kisar
2 cm kunyit hidup - kisar
5 keping asam keping
Garam secukup rasa

Kaedah:
1. Masukkan ikan, bahan kisar dan sam keping dalam periuk bersama santan dahulu.
2. Kemudian masukkan tempoyak dan garam secukup rasa. Didihkan
3. Kemudian masukkan pucuk ubi dan pati santan. Setelah mendidih boleh di angkat.


Petang ingat nk wat kuih lain tp pening kepala sbb cuaca panas tul td then tetiba hujan lebat amat, beh jer masa masak tghari, sejuk jer... so ptg wat beef steak jerlah...resepi ni dapat dari Kak Norfajalawati (Kak Faja) masa di Beaufort Sabah, now dia still mengajar di SMK Beaufort II. Berkurun dh dia bg tp ni baru first time wat. Dia guna daging kambing.



Quote:
Sirloin Beef Steak:

Bahan-bahan:
1 keping daging batang pinang
2 ulas bawang putih - kisar/tumbuk
1 sudu teh lada hitam - tumbuk
sedikit majerin - untuk disapu
sos lada hitam
Garam secukup rasa

Kaedah:
1. Perap daging bersama garam, bawang putih dan lada hitam selama 1 jam paling kurang.
2. Bakar 50 min 210 C sambil disapukan majerin.
3. Hidang bersama sos lada hitam, jejari kentang goreng dan sayuran direbus.


Add comment


Saturday, 11-Aug-2007 06:44 Email | Share | | Bookmark
Nasik Goreng Puri Daging, Omelet & Puding Karamel Berkacang

Pg ni kene g sekolah, kelam kabut masak breakfast n lunch sekali. For breakfast wat Nasi Goreng Puri Daging n Omelet, lunch wat Ikan Kembung Masak Pindang, Ayam Goreng Halia n Ikan Goreng jer...hehehehe...



Quote:
Omelet
Bahan-bahan:
1 biji telur pukul sedikit dgn secubit garam
sedikit butter
1/4 biji bwg besar cincang
1/2 sosej cincang
sedikit kismis

Kaedah:
1. Cairkan butter dalam non-stick pan
2. Tuang telur
3. Taburkan separuh bahagian telur dgn bahan2 td
4. Lipat dua telur (bungkus)
5. Biarkan agak masak
6. Makan!!!!




Quote:
Nasik Goreng Puri Daging
Bahan-bahan:
Semangkuk nasik putih mlm td
Sedikit lauk Puri Daging x abis mlm td
1/2 potong kiub pati ayam
Sebiji telur
Sepotong sosej-hiris bulat
Secubit garam

Kaedah:
1. Pecahkn telur dlm kuali n wat hancurkan2kn (scramble egg)-ketepikan
2. Tumis blk Puri Daging, sosej
3. Masukkan kiub pati ayam & secubit garam
4. Masukkan nasik, gaul rata & masukkan telur
5. Mesrakan nasik sume...sedia hidang!


Tengahari lepas lunch wat Puding Karamel Berkacang.





Quote:
Puding Karamel Berkacang:
Bahan-bahan:
1/4 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (tin kecil)
8 biji telur
1 tin air
1 sudu kecil vanila
2 sudu besar gula
50 gm kacang tanah (sangai & tumbuk kasar @ senang, beli jer yg dh siap kt Giant)
10 gm keju

Kaedah:
1. Campurkan susu cair, susu pekat, telur, air dan vanila. Kemudian pukul rata dan sebati.
2. Kemudian masukkan kacang ke dalam acuan.
3. Masukkan bahan ke dalam acuan dan kukus hingga masak.
4. Setelah masak, angkat.
5. Sagatkan keju di atasnya dan bakar di dalam ketuhar selama 5 minit.

Add comment


Thursday, 9-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Plain Baked Cheesecake

A'kum..lamanyer tak update fp ni...sejak dh keje ni lepas cuti bersalin, x sempat dh nak snap2 pic lepas masak...rushing sokmo...gian sgt nak try rcp2 baru..maklum ler..beginner..tgh gian senduk lg...eheheh..tp tu ah..tunggu cuti sekolah ler kalu nk try. Hmm..ni pn sbb mc smlm..mmg smlm sakit satu badan, cm nak dmm jer ngan sakit tekak..now musim panas lak..kebetulan lak pose...by the time pas kul 2 ptg cam nak merangkak jer rasa..tp pepehal..smpt lg msk2 cm biasa. Pg wat Bolognese Spagetti, tghari wat Ayam Goreng Sambal, Ikan Kembung Goreng Taucu, Sayur Sup Kobis Cina. Then disbbkan cream cheese dh nak luput tarikh..kukuatkan smgt gak wat cheesecake. Dapat recepi dr best friend, Dr. Fatimah Zarina (Timmy) masa ktorg dok kat Beaufort, Sabah tp skrg dia dh kat KB.







Quote:
Bahan-bahan:
1 peket Philadelphia Cream Cheese
1 tin kecil susu pekat manis
1 biji telur
(kesemua bhn ni dipukul sebati, pakai blender pun buleh)

Base:
Biskut Cheese Cracker (Julie) atau apa2 jenis biskut, dihancurkan dan di campurkan dengan melted butter, mampatkan dalam loyang as a base.

Kaedah:
Tuang bhn dipukul td ke atas base dan bakar dalam ketuhar 150 C selama 1 jam...nyumm..nyummm...

Add comment


Monday, 4-Jun-2007 14:26 Email | Share | | Bookmark
2day's Rcp

BAWAL TANDOORI




TUMIS SAWI & CENDAWAN




OTAK-OTAK




DAGING GORENG NENAS



Quote:
deknoi: Ala Noi...ko suh jer la Eri yg masak siap2...dia jalan kaki jer...

huhu lawo arr gambo2 nih..aisehh bile la gue nk pulun msk nih, pasni dh laa dok jauh dr opis balik penat..huhuhu.. Tue 5-Jun-2007 01:13
Posted by:deknoi
nk tau x, umah kite org tu bukak pintu depan terus nampak cafe..haha! Tue 5-Jun-2007 03:03
Posted by:deknoi
Add comment


Sunday, 3-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
x smpt amik gmba

Rini msk over byk ngat (nk abihkan stok lama) so x dan nak snap pic real punya, even rcp dr buku pon x smpt! Hari just masak Ayam Hitam Seri Rasa, Kangkung Goreng Belacan, Ikan Selayang Masak Sos Tomato, Ikan Cencaru Sumbat, Ulam Daun Salad n Pegaga cicah Sambal Belacan. Petang lak wat Kuih Lapis Pisang.

Add comment


Saturday, 2-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
2day's Rcp

TENGGIRI KUKUS BERLADA





TENGGIRI REBUS ASAM





AYAM HITAM KISMIS



Add comment


Thursday, 31-May-2007 07:35 Email | Share | | Bookmark
Today's Recipes

Hehhehee....rini...lalu dpn kedai buku Hamid Bros, tangkap lagi 14 buah buku resepi kompilasi...(actually 16 buah tp tolak balik..tak cukup duit-tinggal 80sen!). Smlm dh beli dua dah...sampai mamat India tokey kedai tu tanya,"Kakak ada catering ka..?". Nk tergelak gue..dia tak tau ni beginner...Ni buku dh ngeri dh byknyer..kalu x rajin lg masak xtau ler....

Buku resepi baru borong tadik...


Ni lauk nyer setelah siap dihidang



IKAN TENGGIRI CHUAN-CHUAN


IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG


PETOLA GORENG


Quote:
unnamed: Msk sikit ni pn kdg jd kdg idak..nk bkk catering?..terlungkup...
deknoi: Muahahaha! Dh ada keje sng, awat ssh2 nk taip laks...bkn keje gue ngadap pc 24jam mcm ko kt opis tu..ngulor jer lebih..hahahaha!!!!

ai..bukak catering je la...hehehe Thu 31-May-2007 09:40
Posted by:unnamed
nih ler manusia malas amik gambo n menaip..hehe...aloooo...try sume laa then amik gambo, then tulis resepi..nih snap dr buku jek?? hohoho Fri 1-Jun-2007 00:25
Posted by:Deknoi
ini pon satu ilmu juga..terpulang la dia nk buat camner...
jgn tau nk kutuk ajer..!
mungkin dia dh cuba dr buku resepi...
dia nk nyatakan yg resepi buku tu ada yg bole pakai...
Mon 21-Jul-2008 09:49
Posted by:lin
Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com